Posts

Showing posts from March, 2015

"Yang Allah SWT Suka..." - MTDM 13.03.2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Majlim Ta'lim Darul Murtadza 13.03.2015 Ustaz Ashraff Osman (menggantikan Habib Ali Zaenal Abidin) Ilmu diukur berdasarkan kandungannya, dan tidak syak lagi, ilmu paling bernilai ialah ilmu Al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat yang satu-satunya kekal dalam dunia ini, masih kekal setelah kewafatan Rasulullah ﷺ  dan sampai kepada kita. Inilah keistimewaan yang Allah SWT beri kepada kita. Baca dengan tahu atau tak tahu makna ada faedah. Salafussoleh ada banyak pusingan membaca Al-Quran. Satu daripadanya ialah baca laju untuk tujuan qatam, dan pada hari yang sama juga, dibaca perlahan-lahan untuk mentadabbur maknanya, mungkin satu hari satu ayat saja. Makna Al-Quran kalau digali sehingga kiamat pun takkan habis, bahkan ada ayat yang sehingga hari ini pun masih belum diketahui maksudnya. Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 37-40 Ayat 37:  Pada hujung ayat 36: Allah SWT menyebut ya

"Adakah sesiapa yang mahu mengambil iktibar?” - Maulid Majlis Ta'lim Darul Murtadza 06.03.2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Ringkasan Tausiyah 1: Ustaz Husam bin Dato' Syeikh Muhamad Baderudin (Anak Mufti Kedah) Pesan Sayyidina Ali bin Abi Talib:  Antara amalan untuk membebaskan diri dari neraka ialah: Zikir  لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (Laa ilaaha illallah) 100 ribu kali seumur hidup. Hiasilah hati dengan zikrullah. Kata ulama rumah Allah ada dua - pertama: masjid, kedua: hati. Oleh sebab itu jangan letak selain Allah dalam hati. Hiasi hati dengan zikrullah. Perbanyakkan bersedekah. Jangan jadi geng seringgit. Cari ruang berkhidmat dengan para alim ulama. Jaga Darul Murtadza, jaga guru, khidmat kepada ulama merupakan ibadah, ziarah maqam setelah ulama meninggal juga ibadah, jadi pendokong agama. Ulasan Habib: Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa mengucap  لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga.” Sahabat bertanya, “Apa (maksud) ikhlasnya orang yang mengucapkannya?” Jawab baginda, “Ikhlasnya i

Buat Baik Kerana Allah SWT - MTDM 27.02.2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Majlis Ta'lim Darul Murtadza 27.03.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa ayat 35-36 Tafsir An-Nisa 35: Ada banyak seruan Allah Ta'ala kepada lelaki dan tanggungjawabnya dalam masalah kekeluargaan/rumahtangga. ‘Orang tengah’ atau hakim dari kedua-dua belah pihak – kalau mereka inginkan perdamaian شقلق Maksudnya sesuatu yang terbelah menjadi dua - maknanya asalnya adalah daripada yang satu Pasangan yang telah bernikah,   adalah dianggap sebagai satu sehingga bilamana akan berlaku perceraian, dianggap terbelah menjadi dua. Apa maksudnya? Allah SWT ingin mengisyaratkan bahawa suami isteri dalam kehidupan rumahtangga itu adalah satu – untung/urugi, bahagia/susah ditanggung bersama. Ada sebahagian komuniti dalam masyarakat yang suami isteri tidak ‘bersatu’ kecuali dalam perhubungan intim, tetapi dalam hal lain, masin

Lelaki dan Perempuan - Berbeza Untuk Saling Melengkapi - MTDM 20.02.2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صل على سيدينا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Majlis Ta’lim Darul Murtadza 20.02.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Bahagian 1 – Tafsir Quran Surah An-Nisa ayat 34 Video rakaman:  Allah SWT menjadikan kepelbagaian bentuk, keadaan pada makhluk-Nya, dan adalah tidak wajar jika semua ciptaan Allah sama bentuk fizikalnya. Allah SWT ciptakan ada malam, dan ada siang, dan masing-masing ada keistimewaan tersendiri yang tidak ada pada yang lain. Antara siang dan malam, walaupun berbeza tidak menunjukkan bahawa yang satu lebih baik daripada yang lain. Begitu juga antara tangan kanan, dan kiri. Walaupun dalam bidang tertentu dikatakan kanan lebih baik daripada yang kiri, orang yang cuma ada sebelah tangan tetap dianggap sebagai tidak sempurna. Dalam bumi ada lautan dan daratan, dan tidak boleh dikatakan bahawa daratan lebih baik daripada lautan. Manusia ada pelbagai jenis kaum, jantina. Maka, kita melihat penciptaan makhluk Allah