Di Sebalik Tabir Kematian (1) – Tanyalah Ustaz 11.02.2013


Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani


Bacaan ayat 8, surah Al-Jumuah:

Antara perkara yang Allah sembunyikan ialah:
  • Rezeki
  • Qada’ dan qadar
  • Waktu kematian
  • Ahli syurga atau ahli neraka

Kematian boleh menjadi sesuatu yang amat menakutkan atau sesuatu yang menggembirakan. Orang yang bersedia akan gembira untuk bertemu kekasihnya iaitu Allah SWT. Orang begini ialah orang yang sentiasa bersedia untuk kehidupan selepas kematiannya.
Ada 5 alam dalam kehidupan kita:
  • Alam rahim
  • Alam dunia
  • Alam barzakh
  • Alam masyhar
  • Alam syurga atau neraka


Setiap alam mempunyai batasannya tersendiri. Proses kelahiran membawa kita daripada alam rahim kepada alam dunia. Perpindahan ke alam barzakh pula berlaku melalui kematian. Seterusnya, kita dipindahkan ke alam Masyar melalui proses kebangkitan. Setelah itu, proses Hisab akan menentuka kita ke syurga atau neraka.

Jadi, apa persiapan kita untuk menghadapi alam-alam ini? Sebenarnya, kita cuma perlu bertanggungjawab dalam alam dunia sahaja. Sy. Ali berkata, “Dunia ialah alam beramal, di alam barzakh, tiada lagi amalan”. Oleh itu, kita perlu membuat persiapan. Sekiranya ingin balik kampung atau pergi umrah/haji pun kita merancang dan membuat persiapan, inikan pula untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dalam alam rahim,  kita rasa sudah cukup luas, tetapi bila kita lahir ke dunia, kita akan rasa yang dunia itu lebih luas. Apabila mati, alam barzakh itu lebih luas dan alam syurga Allah itu lebih luas dari alam-alam yang lain.

Apabila ingat mati, serta-merta kita rasa hilang selera makan, hilang keinginan untuk bersuka-suka dengan hal dunia. Bahkan, apabila melihat kereta jenazah sekalipun, kita sudah berasa seram sejuk.

Bila mati, yang kita bawa cuma 3:
  1. Doa anak yang soleh – Oleh itu adalah menjadi kerugian yang besar jika tidak dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh.
  2. Sedekah jariah
  3. Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain


Senarai soalan dan jawapan

S: Kenapa Islam melarang umatnya panjang angan-angan?
J: Angan-angan akan melekakan manusia. Oleh sebab itu, Nabi SAW berkata bahawa orang yang baik ialah orang yang panjang umurnya dan banyak amalnya. Orang yang panjang angan-angan suka bertangguh dalam amal. Nabi SAW berpesan yang umur umatya adalah dalam linkungan 60-70 tahun, tidak seperti umur umat nabi-nabi lain sebelumnya. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa mengingati mati dengan sentiasa menyebut perkara yang menghancurkan kelazatan dunia. Apakah perkata yang menghancurkan kelazatan dunia? Zikrulmaut – mengingati maut dengan membayangkan kematian datang menjemput kita. Sahabat bertanya bagaimanakah kesakitan ketika kematian? Nabi suruh bertanya bagaimana kesakitan ketika wanita bersalin, tapi itu cuma 1 bahagian daripada 98 bahagian kesakitan kematian.

S: Bagaimana menghadapi orang yang hampir meninggal?
J: Kita perlu ajar mereka mengucapkan “La ila ha illallah”.  Bila kita ziarah orang sakit, tanya mereka, “dah solat ke belum?”, bukannya tanya, “dah makan ubat belum?”. Jangan bercakap tentang urusan dunia kepada mereka, dan beri pengharapan yang baik untuk alam seterusnya. Jika nampak mereka sukar mengucap, cukup mengajarkan menyebut “Allah”. Jika dia sudah sebut, kita jangan cakap banyak lagi. Jika kita nampak dia menggeleng kepala, jangan kita ingat dia menggeleng kepala kepada kita, tetapi ulama mengatakan dia menggelengkan kepala kepada syaitan yang datang untuk menyesatkan manusia. Pada waktu inilah, kita perlu beri khabar gembira kepadanya dengan syurga Allah yang sentiasa menanti agar dia mendapat kekuatan untuk bertahan. Pastikan juga agar keadaannya dan pakaiannya bersih, dan letakkan minyak attar di dahinya agar roh lebih mudah keluar.  Bau minyak attar akan menjadikan rohnya segar dan kuat. Rasul SAW juga berpesan agar disugikan giginya. Panggil anak-anak yang soleh mengelilinginya dan membacakan Al-Quran terutamanya surah Yaasin. Jika bacaan baik, elok baca berjemaah. Jika sebaliknya, biar seorang yang bagus bacaanya saja baca. Selepas surah Yasin, baca surah Al-Mulk, kemudian baca surah Al-Insan, kemudian surah Ar-Rahman, kemudian surah Al-Waqiah. Jika masih belum meninggal, ulang kembali daripada surah Yasin.

S: Apakah maksud ‘husnul khotimah’ dan ‘suul khotimah’?
J: Nabi SAW ajar kita baca doa ini dan jangan kita tinggalkannya. Cuma ada 2 keadaan kematian:
  • ‘husnul khotimah’  - menuju syurga
  • ‘suul khotimah’ – menuju neraka.

Allah memberi kita pilihan untuk ke syurga atau neraka. Seruan azan setiap hari merupakan panggilan Allah untuk kita menuju syurga. Tapi ramai orang lebih suka pergi pasar malam berbanding surau atau masjid. Ketika zaman Rasul SAW, sahabat bertanya, “Bolehkah kita mengenali jika seseorang itu ahli syurga atau neraka?”. Nabi SAW menjawab, “Ya.” Tapi kita tidak boleh menghukum manusia dengan apa yang kita lihat . Allah akan permudahkan jalan mana yang kita pilih.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab